Sejak kebelakangan ini, semakin banyak syarikat-syarikat yang tidak dapat dipastikan kesahihan pentauliahan oleh jabatan pembangunan kemahiran dalam bidang litupan keselamatan n801-002-3:2017 yang menawarkan kursus pengawal peribadi untuk 2 atau 3 hari.
untuk pengawal peribadi, pengiring rapat, agensi-agensi persendirian (syarikat keselamatan) mahupun pelanggan wajib tahu kaedah-kaedah bagaimana seseorang itu layak atau tidak ditauliahkan sijil kemahiran malaysia (skm) tahap 3 "close protection operation" atau tahap 4 dan 5.
kaedah-kaedahnya :-
1. mohon skm secara ppt (penilaian pencapaian terdahulu) bagi mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja dari jabatan pembangunan kemahiran.
2. melalui latihan di institusi yang diiktiraf jabatan pembangunan kemahiran, bukan sahaja pembangunan sumber manusia berhad (hrdf).
3. melalui latihan sistem latihan dual nasional yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran (setakat ini belum wujud agensi persendirian @ syarikat keselamatan yang melaksanakan program sebegini)
perlu ingat bahawa tenaga pengajar wajib ada sijil "vocational training officer" (vto), pakar industri negara atau sekurang-kurangnya memiliki sijil kemahiran malaysia dalam bidang yang anda ingin pelajari.
jangan terpedaya dengan harga kursus yang murah, modul dan silibus yang bukan dari n801-002-3:2017 dan tenaga pengajar yang bukan dari bidang litupan keselamatan di malaysia. umpamanya apa yang anda belajar tidak relevan dengan perundangan malaysia, bukan kemahiran yang sepatutnya, teknik dan taktik perlindungan yang di "copy paste" dari youtube dimana akhirnya anda sendiri yang rugi kerana ternyata syarikat-syarikat yang menyediakan latihan "ala kadar" ini hanya mementingkan keuntungan. mereka menggunakan logo-logo pdrm dan jabatan pembangunan kemahiran untuk mengabui anda.
hendakkan kepastian ? rujuk dengan jabatan pembangunan kemahiran, mereka ada senarai pakar industri dan penyedia latihan yang bertauliah.
atau... tunggu tahun 2019, industri litupan keselamatan dan kawalan keselamatan malaysia akan dinaiktaraf ketahap yang professional dimana pengawal keselamatan, pengawal peribadi dan lain-lain jawatan dalam industri pertahanan dan keselamatan malaysia wajib memiliki sijil kemahiran malaysia.
Sponsor by
D5A, 2nd Floor, Jalan Prima 2, Taman Rasa Sayang Prima, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan, Malaysiastrainservices@gmail.om +60193277511
Tiada ulasan:
Catat Ulasan