Public Protection Quanter Operatives Operators Industry-Public Security Agency's

Public Protection Quanter Operatives Operators Industry-Public Security Agency's

Isnin, 29 April 2019

KEFAHAMAN SERTA KESEDARAN KERJAYA

STS AKADEMI SDN BHD
LATIHAN KESELAMATAN

LATIHAN & SEMINAR KEFAHAMAN SERTA KESEDARAN KERJAYA BAGI PEGAWAI PERLINDUNGAN RAPAT PERIBADI (BODYGUARD) TAHUN 2019/2025

    Aktiviti latihan merupakan satu aspek terpenting dalam mempertingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Pengiring Peribadi Keselamatan. Latihan merupakan kaedah utama dalam usaha untuk melahirkan Pengiring Peribadi yang berilmu, mahir dan berintergriti. Latihan juga merupakan proses yang berterusan dan tidak seharusnya diberi penekanan hanya semasa diperingkat awal perkhidmatan sahaja.
    Disamping itu semua Pengiring Peribadi hendaklah dilengkapkan dengan kemahiran interpersonal yang baik, mempunyai perwatakan yang tegas, disiplin diri, tenang menghadapi sebarang situasi yang tegang, cergas dari segi mental dan fizikal, matang dari segi emosi serta mahir dalam menyelesaikan konflik/krisis. Kemahiran untuk menilai dengan tepat perilaku seorang yang memberi risiko dan ancaman sebagai asas dalam merangka program dan langkah-langkah keselamatan yang bersesuaian bagi menangani sebarang ancaman dan kecederaan kepada pelangan. Semua Pengiring Peribadi  hendaklah mampu menilai situasi dengan cekap dan bertindakbalas dengan cepat apabila berlaku sebarang krisis atau ancaman.
Setiap Pengiring Peribadi perlu bersedia untuk menghadapi cara pengendalian pengawasan mengiringi/melindungi atau perlindungan keselamatan yang berkesan dengan menggunakan teknologi moden yang menggabungkan kawalan oleh individu dan peralatan elektronik yang cangih.
Pelaksanaan latihan yang berteraskan pembelajaran berterusan adalah bertujuan untuk menggalakan pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran dan motivasi. Pendek kata keperluan latihan adalah merangkumi dari aspek fungsian, aspek sokongan dan pembangunan diri. Disamping itu, semua aktiviti tersebut perlu sentiasa dipantau supaya impak dan penambahbaikan berterusan dapat menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan Industri.
  1. Objektif
  • Memberi perhatian yang serius keatas usaha-usaha pembangunan  latihan dalam perkhidmatan meliputi penekanan nilai, sikap, kemahiran dan pengetahuan pembelajaran berterusan.
  1. Menyedia pengiring Peribadi yang berwibawa dan mempunyai tahap keyakinan serta profesionalisma yang tinggi.
  2. Melahirkan Pengiring Peribadi yang berdisiplin dan berilmu bagi mencapai tahap penghasilan kerja yang berkualiti serta bermutu tinggi.
  3. Pembentukan nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif.
  4. Menwujudkan nilai cipta dan nilai tambah didalam pengurusan kerjaya Pengiring Peribadi.
  5. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.
  6. Melaksanakan penambahbaikan aktiviti dan latihan berterusan.
  1. Visi
  • Membangunkan latihan secara komprehensif dan bersepadu .
  1. Misi
  • Memastikan pembangunan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keupayaan, keberkesanan dan kecekapan anggota bagi memenuhi keperluan semasa dan jangka masa panjang Industri.
  1. Justifikasi
  1.      Pembagunan kerjaya Bodyguard telah membuat penilaian kepada Pengiring Peribadi untuk menjalani latihan atau seminar seperti kursus Asas Pengiring Peribadi, Asas Senjatapi, Pemanduan Kenderaan,Pemanduan Motosikal, Undang-Undang Senjatapi,Undang –Undang Hak Pertahanan Persendirian dan Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan bagi meningkatkan prestasi kerja dan disiplin sepanjang tempoh perkhidmatan dengan syarikat.
  1. Berikut adalah seminar kefahaman dan kesedaran kerjaya pengiring peribadi yang di anjurkan oleh CONSULTANT MARKET SECURITY SERVICES,INSTRUCTOR, TRAINER DEVELOPMENT CAREERS :-
TOPIK
TAJUK SEMINAR
.
MODUL SEMINAR

1.
PENGENALAN
  • Sejarah Bodyguard
  • Objektif
  • Apa itu ‘Bodyguard’
  • Matlamat ‘Bodyguard’
2.
LATARBELAKANG ‘BODYGUARD’
  • Ciri-ciri asas’Bodyguard’
  • Kualiti
  • Tugas-tugas ‘Bodyguard’
3.
LATARBELAKANG ‘PRINCIPAL’
  • Apa itu ‘ Principal’?
  • Ketahui Profail / Latarbelakang
4.
PRINSIP KESELAMATAN
  • Prinsip keselamatan secara am
  • Prinsip keselamatan diri
  • Penilai Ancaman
5.
ETIKA ‘BODYGUARD’
  • Peranan ‘Bodyguard’
  • Tanggungjawab ‘Bodyguard’
  • Nilai Peribadi / Perwatakan
6.
PENGURUSAN RISIKO & KESELAMATAN
  • Penilai risiko & Ancaman
  • Keselamatan ‘Principal’
  • Keselamatan ‘Residen’
  • Keselamatan ‘Pejabat’
  • Keselamatan ‘Kenderaan’
  • Keselamatan lain-lain tempat
  • Lawatan & Pergerakan
  • Perlaksanaan


7.
PENGURUSAN ‘BODYGUARD’
  • Tindakan ‘sebelum’
  • Tindakan ‘semasa’
  • Tindakan ‘selepas’

8.
PEMBENTUKAN & PEMBANGUNAN KONSEP ‘BODYGUARD’
  • TEKNIK
  • PENILAIAN TINDAKBALAS
  • PRINSIP

9.
‘LIFE CIRCLE OF BODYGUARD’
  • Counselling
  • Basic skills
  • Bodyguard service
  • Re-training
  • Advanced course
10.
Pembangunan
 Kerjaya dalam pasaran global

Bagaimana analisis kecerdasan memberi kesan kepada keselamatan korporat sekarang - dan mengapa ia akan menjadi lebih penting pada masa akan datang
Kecemerlangan dalam keselamatan korporat hanya beberapa tahun yang lalu, analisis kecerdasan kini menjadi sekeping usaha keselamatan yang menyeluruh bagi lebih banyak syarikat. Dan dari semua petunjuk, penggunaan dan pengaruhnya akan hanya menyebar pada tahun-tahun mendatang. Dalam blog ini,Bolgger  berkongsi perspektif mengenai trend yang berkembang berdasarkan pengalamannya dalam keselamatan korporat di Malaysia.


"KERJAYA PERLINDUNGAN RAPAT|PERLINDUNGAN PERIBADI|PERLINDUNGAN KESELAMATAN|PENILAI RISIKO|PENGENDALI PASARAN| PENGENDALI LATIHAN"
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam Agensi Perkhidmatan Keselamatan Perlindungan Kami adalah Pembekal,Perunding Perlindungan Dan Penilaian Analisis Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Fizikal Swasta, Pemasaran Pegawai Perlindungan Rapat Dalam Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri yang Calon CPO/CBG berpengalaman perlindungan rapat. Jangan lupa anda boleh menghubungi kami dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan Fizikal peribadi untuk anda.
NOTA: EKESEKUTIF PERLINDUNGAN RAPAT PERLINDUNGAN PERIBADI SYARIKAT  KAWALAN KESELAMATAN DAN PENYIASAT PERSENDIRIAN YANG BERLESEN DENGAN KEMENTERIAN DALAM  NEGERI (KDN) DIBAWAH AKTA AGENSI PERSENDIRIAN  1971 (Public Security And Ordera Division Malaysia ACT.1971SEC3)
NOTA: Sebarang maklumat yang diberikan di atas tidak menjamin peluang penggajian atau pelajaran dengan saya atau mana-mana majikan@Agensi saya yang bergabung. Anda HARUS memenuhi setiap keperluan majikan atau Syarikat Prinsipal untuk pekerjaan. Sila hubungi bakal majikan anda untuk maklumat lanjut mengenai pekerjaan. Terima kasih kerana Waktu.
Choosing the right security course for career development. "The Special Protection Specialist Protective Executife Group" in Private Public Security And Public Order Division|Ministry Of Home Affains" - Industry Authority ©️2012-2019|Hyatt's™️|®️CPOSecurity Risk Protections Consulting.

Blog : Lihat apa yang berlaku di dunia close protection

Belajar jadi 'bodyguards

Belajar jadi 'bodyguards MELINDUNGI orang kenamaan keutamaan tugas pegawai pengi...

Berita

https://drive.google.com/file/d/1OFHs-m1X31_kV9iMU2XEGOJ6KgCwsXBw/view?usp=drivesdk https://drive.google.com/file/d/1OFHs-m1X31_kV9iMU2XEGOJ6KgCwsXBw/view?usp=drivesdk