Public Protection Quanter Operatives Operators Industry-Public Security Agency's

Public Protection Quanter Operatives Operators Industry-Public Security Agency's

Sabtu, 9 Februari 2019

PERSATUAN PENGAWAL PERIBADI MALAYSIA

PERSATUAN PENGAWAL PERIBADI MALAYSIA (BGM) 

Tugas pengawal peribadi mencabar


KETANGKASAN dan bertindak dengan pantas jika menghadapi sesuatu ancaman dalam melindungi orang yang berkepentingan seperti golongan atasan adalah tindakan yang sukar dilakukan oleh ‘orang biasa’.
Ini kerana individu itu perlu mempunyai deria yang tajam terutama mata dan telinga dalam mengawal keadaan sekeliling, selain memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat.
Kerjaya elit sebagai pengawal peribadi bukan mudah untuk dilakukan oleh golongan yang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam diri kerana ia membabitkan nyawa seseorang.
Pengerusi Persatuan Pengawal Peribadi (BGM), Datuk Seri Shah Harizal Kamarudin berkata, seperti polis dan askar, seorang pengawal peribadi juga harus mempunyai disiplin diri yang tinggi, selain perlu menjaga setiap rahsia ketuanya dengan baik.
“Pengawal peribadi juga perlu menjaga penampilan diri iaitu sentiasa berpakaian kemas dan mengikut protokol majlis yang dihadiri ketuanya,” katanya.
Beliau berkata, BGM yang diluluskan pada Mac tahun 2014 ditubuhkan adalah untuk menyampaikan ilmu dengan lebih tepat dalam kerjaya pengawal peribadi yang sering disalah anggap oleh masyarakat.
“Ada segelintir masyarakat melabelkan pengawal peribadi ini sebagai gengster dan kaki pukul. Malah, tidak kurang juga menganggap pengawal peribadi ini sebagai pengawal di kelab malam.
“Itu semua tidak benar kerana pengawal peribadi adalah satu kerjaya yang sangat mencabar,” katanya.
Perlu latihan profesional


SEBAHAGIAN peserta yang menyertai program khas pengawal peribadi sedang melakukan senaman.
BGM ditubuhkan untuk mengumpul orang ramai yang berkerjaya dalam bidang terbabit berada dalam satu persatuan, selain merancang untuk penyelarasan ilmu berkaitan.
Shah Harizal berkata, persatuan juga menyediakan modul latihan kepada ahli dan bukan ahli untuk mengikuti program yang terbahagi kepada seminar dan kursus.
“Seminar ini merangkumi penerangan maklumat yang berkaitan dengan pengawal peribadi termasuk protokol, undang-undang dan akta pertahanan diri yang akan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman,” katanya.
Katanya, seminar yang dianjurkan itu juga membabitkan kerjasama dengan Kolej Komuniti dan mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Kursus pula membabitkan kursus asas dan menembak yang akan diajar oleh beberapa tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam bidang terbabit.
“Setiap tenaga pengajar BGM akan mengikut garis panduan dan syarat yang ditetapkan.
“Mereka perlu menunjukkan sijil kepakaran yang berkaitan sebelum disemak oleh Kolej Komuniti dan diluluskan oleh kementerian,” katanya.
Beliau berkata, selama BGM ditubuhkan, ia sudah mempunyai 800 ahli yang kebanyakannya terdiri daripada pengawal peribadi dan orang awam yang berminat dalam bidang itu.
Mohon pengiktirafan KDN


PESERTA menjalankan latihan menembak.
Sementara itu, persatuan ini juga akan memperjuangkan kerjaya dan kebajikan serta penugasan pengawal peribadi.
Ini kerana ada segelintir pengawal peribadi itu bekerja di bawah syarikat keselamatan swasta, manakala ada juga yang bergerak secara sendirian yang mana pelanggan akan terus ambil mereka bekerja.
“Jika kita lihat, gaji pengawal peribadi profesional boleh mencecah RM14,000 sebulan. Namun, bagi yang amatur, mereka hanya boleh berpendapatan dalam lingkungan RM2,000,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beberapa menteri di negara ini.
Katanya, kebanyakan orang yang menjadi pengawal peribadi ini terdiri daripada bekas pegawai polis, askar dan komando.
“Tidak dinafikan ramai antara mereka adalah daripada golongan yang profesional dan berpengalaman dalam bidang seperti ini,” katanya.
Beliau akan terus memperjuangkan kerjaya pengawal peribadi melalui BGM untuk mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Saya dan rakan yang lain akan terus membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pengawal peribadi kerana kebanyakan yang hadir di modul latihan kami juga adalah dalam kalangan orang awam.
“Ini menunjukkan bahawa masih ramai yang berminat untuk menjadi pengawal peribadi.
“Cuma mereka masih lagi mencari platform untuk mengembangkan minat itu,” katanya.Bagi orang ramai yang ingin menjadi ahli BGM, boleh mendaftar dengan yuran pendaftaran sebanyak RM150 dan berumur 18 tahun ke atas serta boleh melayari laman Facebook Persatuan Pengawal Peribadi-BGM.-BH 2015



Demo For KSM CPO Careers 




KERJAYA PERLINDUNGAN RAPAT|PERLINDUNGAN PERIBADI|PERLINDUNGAN KESELAMATAN|PENILAIYAN RISIKO|PENGENDALI PASARAN| PENGENDALI LATIHAN.
Selamat Datang Ke Sektor Keselamatan Awam Agensi Perkhidmatan Perlindungan Tutup Kami adalah Penyedia Dan Perunding Perlindungan Dan Penilai Analisis Risiko Serta Penasihat Rancangan Keselamatan Swasta, Pemasaran Eksekutif Perlindungan Rapat Di Pasaran Global. Kami mempunyai pangkalan data kami sendiri yang CPO/CBG berpengalaman calon perlindungan rapat. Jangan lupa anda boleh menghubungi kami dengan mana-mana keperluan perlindungan keselamatan peribadi untuk anda.

 NOTA: Sebarang maklumat yang diberikan di atas tidak menjamin peluang penggajian atau pelajaran dengan saya atau mana-mana majikan|Agensi saya yang bergabung. Anda HARUS memenuhi setiap keperluan majikan atau syarikat Prinsipal untuk pekerjaan. Sila hubungi bakal majikan anda untuk maklumat lanjut mengenai pekerjaan. Terima kasih Waktu. Choosing the right security course for career development. "The Special Protection Specialist Protective Executife Group" in Private Public Security And Public Order Division|Ministry Of Home Affains" - Industry Authority ©️2012-2018|Hyatt's™️|®️CPO

Blog : Lihat apa yang berlaku di dunia close protection

Belajar jadi 'bodyguards

Belajar jadi 'bodyguards MELINDUNGI orang kenamaan keutamaan tugas pegawai pengi...

Berita

https://drive.google.com/file/d/1OFHs-m1X31_kV9iMU2XEGOJ6KgCwsXBw/view?usp=drivesdk https://drive.google.com/file/d/1OFHs-m1X31_kV9iMU2XEGOJ6KgCwsXBw/view?usp=drivesdk